Novel Di Sebalik Wajah Tingkatan Dua 2011
Di Sebalik Wajah
(Abang Saifuddin Abang Bohari)
Sinopsis
Cerita Di Sebalik Wajah mengisahkan seorang remaja iaitu Doktor Fikri yang cacat kulitnya iaitu balar. Nama Doktor Fikri diberikan oleh bapanya sempena nama seorang doktor yang telah mendoakan keselamatan ibunya sewaktu melahirkannya. Disebabkan nama dan kecacatan kulitnya yang balar Doktor Fikri sering diejek dan diketawakan. Namun begitu, dia tabah menerima segala dugaan yang menimpa dirinya. Pertukaran ke sekolah Menengah Kebangsaan Menggatal banyak memberikan pengalaman baharu kepadanya. Josy, Dayang Mahani, Suriani, Sanin dan Aziz dapat menerima kehadirannya di sekolah itu. Mereka berkawan baik sehinggalah Doktor Fikri dianiaya oleh tiga orang murid iaitu Narius, Jais dan Jamadi yang juga sering mengganggu murid lain.
Satu laporan salah laku mereka telah dibuat kepada guru disiplin iaitu Cikgu Wahab. Hal ini menyebabkan mereka berdendam kepada Doktor Fikri. Narius dan kawan-kawannya meletakkan buku-buku perpustakaan dan beberapa dompet ke dalam beg sekolah Doktor Fikri. Guru disiplin telah membuat pemeriksaan mengejut ke setiap kelas. Doktor Fikri telah dipanggil dan disoal siasat namun dia hanya mendiamkan diri. Selepas kejadian tersebut, kawan-kawannya mula menjauhkan diri kecuali Josy yang masih setia memberikan perangsang dan semangat serta memintanya bersabar dengan dugaan yang menimpa.
Semasa sukan tahunan sekolah, Doktor Fikri gagal menamatkan larian 1500 meter dan pengsan. Dia juga kehilangan basikal yang baru dibeli dengan duit simpanannya sendiri. Pada suatu hari seorang murid mengadu kepada Cikgu Wahab bahawa dia ternampak Narius dan rakan-rakannya mencuri basikal doktor Fikri. Hal ini dilaporkan ke balai polis. Narius dan rakan-rakannya ditangkap atas pelbagai kesalahan yang dilakukan. Mereka ditahan di lokap. Jais dan Jamadi dijamin oleh keluarga masing-masing. Narius tidak dapat dibebaskan kerana keluarganya miskin. Doktor Fikri dan bapanya dipanggil untuk mengambil semula basikalnya. Semasa di balai polis, Doktor Fikri ternampak Narius sedang menangis di samping bapanya yang sudah uzur. Doktor Fikri meminta ayahnya menjamin Narius.
Semenjak hari itu, Narius, Jais dan Jamadi insaf dan berubah menjadi baik. Mereka mengaku kepada murid lain bahawa merekalah yang menganiaya Doktor Fikri. Namun, pada masa yang sama, Doktor Fikri berhijrah ke Jepun kerana bapanya bertugas di sana. Setelah setahun, Doktor Fikri dan keluarganya balik bercuti di Malaysia. Kepulangan Doktor Fikri disambut dengan gembira oleh rakan-rakannya. Keluarga Doktor Fikri mengisi cuti mereka dengan bersama-sama mendaki puncak Gunung Kinabalu seperti yang dihasratkan oleh Doktor Fikri.
Tema
Ketabahan seorang remaja menghadapi kekurangan diri dalam kehidupan hariannya. Doktor Fikri yang cacat kulitnya iaitu balar, terpaksa menerima ejekan, sindiran dan cemuhan daripada pelajar-pelajar lain di sekolahnya.
Persoalan
1. Persoalan rajin membaca
Doktor Fikri sentiasa mengisi masa lapangnya dengan membaca dan kerap pergi ke perpustakaan untuk meminjam buku.
2. Persoalan menghargai persahabatan
Josy tetap berkawan dengan Doktor Fikri walau apa jua rintangan dan tuduhan yang dilemparkan kepadanya.
3. Persoalan kasih sayang antara ahli keluarga
Cikgu Saiful dan Puan Halipah memberikan sepenuh kasih sayang kepada Doktor Fikri. Semua kemahuan Doktor Fikri dipenuhi oleh mereka.
4. Persoalan keinsafan
Narius, Jais dan Jamadi berubah sikap dan insaf atas kesalahan mereka terhadap Doktor Farid, lebih-lebih lagi setelah Doktor Farid menyuruh bapanya menjamin Narius di balai polis.
5. Persoalan aplikasi Ilmu
Doktor Farid mengaplikasi pengetahuan menanam sayur-sayuran, memelihara ayam dan menjualnya di Tamu daripada mata pelajaran Kemahiran Hidup yang dipelajarinya.
6. Persoalan kemahiran menguasai ilmu elektronik
Kemahiran menguasai ilmu elektronik perlu diterapkan pada peringkat awal pendidikan lagi seperti yang dijalankan di Jepun bagi memastikan remaja lebih ke arah inovasi.
7. Persoalan berdikari
Doktor Farid berusaha sendiri untuk mencapai cita-cita yang diinginkannya walaupun mendapat tentangan awal daripada ayahnya. Doktor Fikri berjaya mengusahakan kebun sayur dan membela ayam.
8. Persoalan pasrah menerima ketentuan Tuhan
Cikgu Saiful dan Puan Halipah pasrah menerima takdir Tuhan apabila anak yang dilahirkan cacat iaitu balar kulitnya.
9. Persoalan taat akan perintah agama
Cikgu Saiful dan keluarganya sering sembahyang bersama-sama di rumah.
Binaan Plot
Secara kronologi – peristiwa disusun mengikut urutan masa
Permulaan
Memperkenalkan watak Doktor Fikri iaitu anak kepada Cikgu Saiful dan Puan Halipah yang dilahirkan cacat iaitu balar kulitnya.
Perkembangan
Doktor Fikri berpindah ke Sekolah Menengah Kebangsaan Menggatal dalam tingkatan dua.
Perumitan
Doktor Fikri sering diejek oleh pelajar lain, dibuli dan difitnah oleh Narius, Jais dan Jamadi.
Puncak
Narius, Jais dan Jamadi mengaku kesalahan mereka yang memfitnah Doktor Fikri.
Peleraian
Doktor Fikri dan keluarga pulang bercuti ke Malaysia setelah setahun tinggal di Jepun. Mereka sekeluarga dalam perjalanan mendaki Gunung Kinabalu.
Teknik Plot
1. Dialog
“Nama saya Doktor Fikri.” Doktor Fikri berdiri dan duduk semula.
“Doktor?’ Cikgu Asnawi tergelak.
2. Monolog
Sewaktu melangkah meninggalkan bilik sembahyang itu dia berkata, “Ya Allah, lahirkanlah lebih ramai doktor Melayu yang kuat beribadat kepada-Mu.”
3. Monolog dalaman
“Comelkah anakku? Adakah menyerupai rupaku? Cerahkah kulitnya? Ya Allah moga-moga kulit anakku putih, tidak seperti kulitku yang hitam legam ini.” Itulah soalan-soalan yang timbul dalam fikirannya yang belum lagi melihat anak sulungnya.
4. Imbas kembali
Cikgu Saiful teringat kembali perbualan dengan Puan Halipah semasa menghantarnya ke klinik Doktor Nadia bagi pemeriksaan ibu mengandung.
5. Imbas muka
Doktor Fikri bermimpi diserang oleh seekor naga semasa tidur di rumah rehat Panalaban.
6. Pemerian
Peristiwa pengarang menggambarkan penantian Cikgu Saiful menunggu kelahiran anak sulungnya semasa di hospital.
7. Konflik
Doktor Fikri tidak mahu membayar cukai keselamatan yang dipaksa oleh Narius, Jais dan Jamadi.
8. Kejutan
Pembaca dikejutkan dengan peristiwa Doktor Fikri tiba-tiba berpindah ke Jepun kerana ayahnya bertugas di sana.
9. Suspen
Pembaca tertanya-tanya mengapa Doktor Fikri tidak hadir ke sekolah selama dua hari.
Watak dan Perwatakan
Watak Utama
Doktor Fikri
Ø Pelajar tingkatan dua – berumur 14 tahun
Ø Cacat kulit - balar
Ø Tabah – menghadapi dugaan seperti diejek sifat fizikalnya
Ø Rajin membaca – sentiasa membaca buku jika ada masa lapang
Ø Penyayang – menyayangi keluarga dan rakan-rakan
Ø Berdikari – berusaha sendiri untuk menambah tabungan dengan menjual hasil tanaman dan ayam ternakannya
Watak Sampingan
Cikgu Saiful
Ø Bapa Doktor Fikri
Ø Penyayang – amat sayang kepada Doktor Fikri
Ø Bertanggungjawab – sentiasa bertanggungjawab terhadap keluarga
Ø Taat kepada agama – melakukan sembahyang berjemaah bersama-sama keluarga
Puan Halipah
Ø Ibu Doktor Fikri
Ø Bertanggungjawab – menyediakan bekal makanan untuk Doktor Fikri ke sekolah
Ø Prihatin – sentiasa memeriksa buku latihan Doktor Fikri apabila Doktor Fikri pulang
dari sekolah
Ø Penyayang – memberikan sokongan moral semasa Doktor Fikri mengambil bahagian
dalam acara sukan
Josy
Ø Pelajar Tingkatan Dua Melati Sekolah Menengah Kebangsaan Menggatal
Ø Prihatin – sentiasa mengambil berat tentang masalah Doktor Fikri dan memberikan semangat kepadanya
Ø Teguh pendirian – tidak mudah mempercayai fitnah yang dilemparkan oleh Narius dan rakan-rakannya terhadap Doktor Fikri
Narius
Ø Pelajar tingkatan empat Sekolah Menengah Kebangsaan Menggatal
Ø Berbadan besar
Ø Bermasalah disiplin – selalu membuli Doktor Fikri/ cuba memeras ugut Doktor Fikri/
mencuri basikal Doktor Fikri
Ø Insaf akan kesalahan lalu – berubah menjadi seorang pelajar yang baik apabila Cikgu Saiful menjaminnya setelah ditahan di lokap kerana kesalahan cuba mengopak cermin kereta.
Cikgu Wahab
Ø Guru Disiplin Sekolah Menengah Kebangsaan Menggatal
Ø Garang – merotan pelajar yang melakukan kesalahan
Ø Bertimbang rasa – membenarkan Sanin makan di kantin di luar waktu rehat setelah
Sanin memberikan alasan bahawa dia terlalu lapar
Dayang Mahani
Ø Pelajar Tingkatan Dua Mawar Sekolah Menengah Kebangsaan Menggatal
Ø Kawan Doktor Fikri
Ø Mudah terpengaruh – percaya bahawa Doktor Fikri seorang pencuri setelah Cikgu
Wahab menjumpai barang curi di dalam beg Doktor Fikri lalu terus memulaukannya
Latar
Latar Masa
Ø Pagi – peristiwa Doktor Fikri datang lewat ke sekolah dan ditegur oleh Cikgu Wahab, guru disiplin sekolah.
Ø Petang – Narius, Jais dan Jamadi sedang menunggu Doktor Fikri di bawah sebatang pokok yang rendang untuk meminta duit cukai keselamatan.
Ø Malam – Keluarga Cikgu Saiful tidur di rumah rehat Panalaban sebelum meneruskan perjalanan mereka mendaki Gunung Kinabalu.
Latar Tempat
Ø Sekolah Menengah Kebangsaan Menggatal
Tempat Doktor Fikri dan rakan-rakannya bersekolah.
Ø Rumah Cikgu Saiful
Rakan-rakan Doktor Fikri datang membantunya membungkus sayur-sayuran untuk di
jual di Tamu.
Ø Pasar Tamu
Doktor Fikri dan rakan-rakanya menjual sayur-sayuran di pasar Tamu tetapi tidak lama
Kerana hujan turun dengan lebatnya.
Ø Gunung Kinabalu
Doktor Fikri dan keluarganya dalam perjalanan untuk mendaki puncak Gunung
Kinabalu.
Ø Balai polis
Doktor Fikri dan ayahnya mengambil semula basikal yang dicuri oleh Narius, Jais dan
Jamadi. Cikgu Saiful juga menjamin Narius keluar dari lokap tersebut atas permintaan
Doktor Fikri.
Ø Hospital Ratu Elizabeth
Cikgu Saiful menunggu isterinya Puan Halipah melahirkan anak sulung mereka.
Latar Masyarakat
Ø Masyarakat pelajar
Doktor Fikri, Josy, Dayang Mahani, Suriani, Sanin dan Aziz belajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Menggatal.
Ø Masyarakat guru
Cikgu Wahab, Cikgu Girlie dan Cikgu Fatmawati mengajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Menggatal.
Ø Masyarakat yang prihatin
Josi amat prihatin kepada Doktor Fikri yang sering diejek dan disihkan oleh pelajar lain.
Ø Masyarakat yang bertanggungjawab
Cikgu Saiful dan Puan halipah merupakan ibu bapa yang bertanggungjawab menjalankan tugas sebagai ibu bapa.
Ø Masyarakat yang taat kepada perintah agama
Cikgu Saiful dan keluarganya sering menunaikan sembahyang bersama-sama bagi mengeratkan kasih sayang antara ahli keluarga.
Ø Masyarakat penyayang
Cikgu Saiful dan Puan Halipah amat menyayangi doktor Fikri walaupun anak mereka
cacat.
Ø Masyarakat yang pasrah kepada ketentuan Tuhan
Cikgu Saiful dan Puan Halipah pasrah mendapat anak mereka yang cacat kulitnya.
Gaya Bahasa
Ø Kata Ganda
Contoh: kelima-lima, sofa-sofa, terhinggut-hinggut, jari-jemari, warna-warni
Ø Peribahasa
Contoh: buku lima, keras hati
Ø Pengaruh bahasa asing
Contoh: bahasa Arab (Allah, nauzubillahiminzalik), bahasa Inggeris (nurse)
Ø Hiperbola
Contoh: Apabila cahaya matahari yang terlalu tajam menembusi ruang di dalam kelas itu, matanya hampir tertutup.
Ø Simile
Contoh: Ada yang menepuk-nepuk meja, ada pula yang bersuara seperti katak memanggil hujan.
Ø Pengulangan kata atau repitisi
Contoh: Sap! Sap! Sap!
Ø Sinkope
Contoh: Ampun cikgu, saya tak buat lagi!
Ø Personifikasi
Contoh: Hanya daun-daunnya yang melambai lembut seolah-olah berbisik kepada pelajar yang berada di dalam pagar itu.
Nilai
Ø Nilai kasih sayang
Contoh: Cikgu Saiful, Puan Halipah dan Doktor Fikri saling menyayangi antara satu sama lain.
Ø Nilai keinsafan
Contoh: Narius akhirnya insaf akan semua kesalahan yang dilakukannya terhadap Doktor Fikri.
Ø Nilai keberanian
Contoh: Doktor Fikri berani melawan Narius, Jais dan Jamadi yang meminta wang yang kononnya sebagai cukai keselamatan terhadap pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Menggatal.
Ø Nilai ketabahan
Contoh: Doktor Fikri tabah menghadapi ejekan, sindiran dan fitnah yang dilemparkan kepadanya.
Ø Nilai kerajinan
Doktor Fikri rajin membaca buku dan mengusahakan kebun sayur-sayuran serta ternakan ayamnya.
Ø Nilai menghormati orang tua
Josy, Dayang Mahani, Suriani, Sanin dan Aziz bersalaman dengan Puan Halipah semasa mereka berkunjung ke rumah Doktor Fikri.
Pengajaran
Ø Kita hendaklah menyayangi ahli keluarga.
Cikgu Saiful, Puan Halipah dan Doktor Fikri yang saling menyayangi antara satu sama lain.
Ø Kita hendaklah insaf akan kesalahan yang telah dilakukan.
Narius akhirnya insaf akan semua kesalahan yang dilakukannya terhadap Doktor Fikri.
Ø Kita haruslah berani memperrtahankan hak kita.
Doktor Fikri berani melawan Narius, Jais dan Jamadi yang meminta wang yang kononnya sebagai cukai keselamatan terhadap pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Menggatal.
Ø Kita perlu tabah menghadapi sebarang masalah dalam kehidupan.
Doktor Fikri tabah menghadapi ejekan, sindiran dan fitnah yang dilemparkan kepadanya.
Ø Kita haruslah mengamalkan sikap rajin.
Doktor Fikri rajin membaca buku dan mengusahakan kebun sayur-sayuran serta ternakan ayam.
Ø Kita haruslah menghormati orang yang lebih tua daripada kita.
Contoh: Josy, Dayang Mahani, Suriani, Sanin dan Aziz bersalaman dengan Puan Halipah semasa mereka berkunjung ke rumah Doktor Fikri.
Thursday, July 28
bm Folio..
Posted by acel at Thursday, July 28, 2011 0 comments
Sunday, June 19
before You see This Video. don't forget to stop the Music
Enjoyed the show
Posted by acel at Sunday, June 19, 2011 0 comments
Saturday, June 18
Happy Birthday 14th. 19/6/2011
Happy birthday to Wendy .
Posted by acel at Saturday, June 18, 2011 0 comments
Thursday, May 19
Lalala
Omg Gawai X lamak Gk nyioo HAhahaha.. Cuti2 Malaysia.. Yeahh mann c sabar..
Agak Kuching..
yeah yEah..Em Tapi malang nya lekak Gawai Exam.. Puikkk Hahahaha Cece MesTi ulang lah Kaji ..cece ..
Bisalomo
Watasi LOL
Posted by acel at Thursday, May 19, 2011 0 comments
Thursday, May 5
If We know To speak Our Language , then We cAn Study to Talk Japanese
- Yang pemarah – KEIJI CACIMAKI
- Yang suka berjimat – SAYORI SUKAMURA
- Yang menjadi bisu – KIETA TADASORA
- Yang suka makan nasi – NANACHi KASIBANYA
- Yang suka layan blues – APO NADIKATO
- Yang suka belajar – ASHIKO ULANGKAJI
- Yang kerap bikin kacau – WAKASI HURUHARA
- Yang sangat kedekut – MATIMATI TAMOKASI
- Yang suka sangat tidur – ICHIBAN TIDOMATI
- Yang suka Mengintai Orang – HINTAI ITOAKOSUKA
- Yang amat Tua – TARAGIGI PADANMUKA
- Yang kena tinggal bini – SUSAHATI BINILARI
- Yang suka merempit – SAJA CARIMATI
- Yang suka sja jadi Lembab – AYUMI CIPUTBABI
cAra2 nak Membuat Language Ini
Posted by acel at Thursday, May 05, 2011 0 comments
I LOVE YOU SO..
From The Minuteee That You Got My Attentionnn .I Was Taken' And I Have To Mentionnn.. hehehe* laughing
I Was Tryin' Not To Let It Showww yeahh
But,I Know That I Wasn't Gonna Let You Go.From The Way That You Cameee Up To Me
Looking All Hot With The Style That Threw Me
No One Would havve Ever Known..That You Would Be the One To take This Heart And Hold It.You Got That extraordinary Way.waoo
Got To Be Next To Ya Every Single Day..
You Do Somethin' That I Just Can't Explain.. Hahaha
Wanna Take The Chance And Tell You You're The One For Me...hehehe:D.. You Could Say Anything You Want To No Stress 'Cause I Understand You...Want Everyone To Know That girl Is Mine ..We Walk By And They Stop And Stare ..
At The Way You Hold Me When, You Take Me There.. But at Times I Feel I'll Lose Controlllll
And Forget Everyone But The Hand I'm Holding .Like I Said You Got That Extraordinary Way...
speechless hahaha.. ILOVEYOU <3
Posted by acel at Thursday, May 05, 2011 0 comments
Wednesday, May 4
playing COD .. Call Of duty
Play C.O.D with Victor, Erwin, Sylvester and Eadges at I DREAM hehehe..
wao its amazing mann .. Nice day Yeah
After Played go to The sunFlower... yeah2 ehehehe
Thanks For Invited Me..
Good to Play Pool With Victor..
Victor win 2 times I win one time.. hahahaha Noob..
Freakk2
Posted by acel at Wednesday, May 04, 2011 0 comments
Tuesday, May 3
Target Bravo
CANON 1000D Yeahh man
wOw Impresive ..
Beautiful Lifester
Posted by acel at Tuesday, May 03, 2011 0 comments